fbpx

Andalusia, Koperasi Jabatan Pertanian tawar pakej umrah istimewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Daud (dua kiri) bersama Azreen Basir (dua kanan) pada majlis tandatangan perjanjian kerjasama strategik di Wisma Tani, hari ini.- Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) memeterai perjanjian kerjasama strategik bersama Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Jabatan Pertanian Berhad bagi menyediakan tawaran istimewa mengerjakan umrah kepada ahli koperasi.

Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, kerjasama terjalin itu bertujuan memperbaiki pengurusan risiko antaranya bagi menghindari isu penipuan pelancongan, umrah dan haji.

Menurutnya, melalui kerjasama itu, koperasi boleh memastikan ahli mereka mendapat perkhidmatan berkualiti tinggi selain meningkatkan kepuasan dan reputasi organisasi.

“Melalui kolaborasi bersama koperasi ini, kita dapat memberikan kepada mereka (ahli) satu jaminan, mungkin koperasi boleh memberikan wang pendahuluan untuk mereka menunaikan umrah.

“Pada masa sama, kita di Andalusia ingin memberi banyak tawaran apabila tiba masanya mengikut musim.

“Mereka ini ramai ahli, maka ada tawaran yang kita boleh berikan mengikut kesesuaian pada waktu itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis memeterai kerjasama strategik di Wisma Tani hari ini.

Mengulas lanjut, Md. Daud berkata, tawaran disediakan seperti potongan harga RM200 untuk seorang ahli yang berdaftar bersama ahli keluarga bagi pakej umrah Andalusia sepanjang musim 1447H/2025-2026M.

Selain itu, katanya, Andalusia turut menawarkan pakej umrah percuma kepada seorang individu bagi setiap pendaftaran 25 ahli dalam satu resit dan tarikh penerbangan yang sama.

Sementara itu, Pengerusi Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Jabatan Pertanian Berhad, Ts. Azreen Basir berkata, melalui kolaborasi bersama Andalusia, seramai 1,500 ahli berpeluang menikmati kemudahan pembiayaan disediakan oleh pihak koperasi untuk menunaikan umrah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI