fbpx

Ah Boy ambil syabu sebelum menyamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein ketika sidang akhbar di Dewan D' Cerana IPK Selangor hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Penjenayah berbahaya, Ah Boy menjadikan syabu sebagai amalannya sebelum melakukan sebarang aktiviti menyamun bersenjata sejak pertengahan tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dadah jenis itu dipercayai membuatkan suspek sentiasa berani meskipun melakukan jenayah secara solo.

“Suspek ini terlibat dalam pengedaran dan penggunaan dadah. Jadi, kesan yang mendalam atas penggunaan dadah menyebabkan berkelakuan sedemikian. Dalam kata mudah ‘trigger happy’ (pencetus gembira).

“Sebab itu, dia boleh memiliki senjata secara haram dan melepaskan tembakan bila-bila masa,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis serah terima tugas antara Timbalan Ketua Polis Selangor antara Deputi Komisioner Mohd. Zaini Abu Hassan yang menggantikan Datuk S. Sasikala Devi yang bersara wajib di Dewan D’ Cerana Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Hussein berkata, pihak polis percaya Ah Boy mengambil syabu sebagai kaedah atau modus operandi setiap kali melakukan kejadian jenayah.

“Hasil siasat terhadap ujian darah Ah Boy juga mendapati positif syabu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI