fbpx

41,688 kenderaan termasuk Honda Civic, CR-V dipanggil pemeriksaan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Model Honda Civic dan CR-V antara yang akan dipanggil untuk pemeriksaan semula.

PUTRAJAYA – Sebanyak 41,688 kenderaan daripada enam jenis buatan kenderaan termasuk Honda Civic dan CR-V akan dipanggil semula untuk pemeriksaan oleh pengeluar masing-masing.

Daripada jumlah itu, jumlah Honda Civic dan CR-V yang terlibat ialah sebanyak 36,678 unit.

Turut terlibat sama dalam aktiviti pemanggilan semula itu ialah Kia Sorento XM (4,245 unit), Ford Everest (288 unit) selain Audi e-tron GT dan RS e-tron G (168 unit).

Bagi jenama MAN TGS pula, model kenderaan yang dipanggil semula melibatkan TGS 18,360 4×2 BL SA, TGS 33,540 6×4 BB SA, TGS 28,440 6×2 BL SA dan TGS 33,480 6×4 BB SA dengan jumlah keseluruhan sebanyak 291 unit.

Jenama Mercedes pula meliputi kenderaan jenis Mercedes-Benz dan Mercedes-AMG dengan jumlah terlibat sebanyak 18 unit.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, aktiviti pemanggilan semula penting bagi mengelakkan kemalangan berlaku disebabkan kecacatan struktur, peralatan atau sistem pada kenderaan tersebut.

“Setiap pemilik kenderaan yang terlibat akan dihubungi oleh pihak pengeluar kenderaan masing-masing bagi proses penyelarasan slot pemeriksaan kenderaa.

“Semua pemilik kenderaan model terlibat dimohon untuk membuat perancangan bagi membolehkan proses pemanggilan semula dan pemeriksaan kenderaan dapat dijalankan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, mana-mana komponen yang terlibat dengan isu tersebut akan digantikan dengan kos yditanggung oleh pihak pengeluar kenderaan masing- masing.

“Maklumat lanjut berkenaan proses pemanggilan semula ini, pemilik kenderaan boleh hubungi atau kunjungi mana-mana pusat jualan perkhidmatan masing-masing.

“JPJ akan memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula ini dan komited untuk memastikan kesemua unit kenderaan yang terlibat menjalani pemeriksaan dan disahkan selamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI