PETALING JAYA – Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan anggotanya tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selain melakukan pemerasan ketika Ops Tapis, di Damansara, di sini tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular melalui Facebook pada pukul 1 petang semalam.
Menurut beliau, kandungan tersebut telah dimuat naik pemilik akaun ‘En Abdul’ yang memaparkan video serbuan dilakukan oleh empat anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
“Pihak polis mengesahkan serbuan itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya di Pelangi Damansara.
“Serbuan itu dibuat pada 10 Oktober 2024 semasa melakukan Ops Tapis di kawasan Damansara,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Tambah beliau, siasatan telah dibuka bagi menyiasat dakwaan seperti yang ditularkan di akaun Facebook berkenaan.
“Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat sebarang salah laku dalam kejadian tersebut,” ujarnya.
Tinjauan Kosmo! di akaun Facebook yang tular berkenaan mendapati pemiliknya telah menceritakan kronologi kejadian secara terperinci, semalam.
Pemilik akaun Facebook itu juga mendakwa memperoleh video terbabit menerusi perkongsian di Kumpulan Telegram Edisi Siasat. – KOSMO! ONLINE
sebab tu orang awam susah dah nak percaya polis. Cuba buat macam ni kat markas rumah kedai pendatang tanpa izin tu. Entah entah sebab ambik duit tu yang banyak kedai warga asing yang x kena serbu. Sial polis macam ni, elok satu keturunan kena penyakit takde ubat. pic.twitter.com/SDxwIUt7rj
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) February 18, 2025