fbpx

[VIDEO] Lelaki terjun lori selepas sejam dikejar JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video tular kejadian JPJ mengejar sebuah lori di Lebuh SPA di Gangsa, Melaka.

MELAKA – Seorang lelaki nekad melompat keluar dari lori dipandunya selepas dikejar anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejauh 25 kilometer (KM) di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), petang tadi.

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, lori dipandu lelaki berusia 27 tahun itu dikesan di Lebuh SPA kira-kira pukul 4.30 petang dan diekori selama satu jam.

Katanya, anggota penguat kuasa telah mengarah pemandu memberhentikan kenderaan, tetapi gagal.

“Lelaki itu kemudian melompat keluar, menyebabkan lori lima tan yang membawa muatan barang pembinaan hilang kawalan sebelum merempuh sebuah rumah di Taman Krubong Jaya. Rempuhan menyebabkan pagar, tembok rumah dan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton rosak.

“Penduduk setempat membantu menahan pemandu lori dan satu laporan telah dibuat di Balai Polis Durian Tunggal,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Firdaus berkata, lima notis saman baharu dikeluarkan terhadap pemandu lori terbabit atas pelbagai kesalahan seperti tiada CDL dan GDL, tidak mematuhi lampu isyarat merah serta memandu secara cuai.

“Semakan lanjut mendapati, lori berkenaan mempunyai lapan saman lampau yang telah diselesaikan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI