fbpx

[VIDEO] Ibu sebak, Jojo hadiahkan jam Rolex

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video yang dikongsikan Jojo di media sosial miliknya memaparkan ibunya menangis terharu ketika menerima hadiah mewah iaitu seutas jam tangan Rolex.

PETALING JAYA – Tindakan atlet Muay Thai negara, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo menghadiahkan ibunya seutas jam tangan mewah jenama Rolex meraih pujian ramai.

Ibu Jojo pada awalnya, tidak menjangka akan menerima hadiah istimewa berkenaan kerana beranggapan anaknya itu hanya mahu membuat rakaman video berkaitan minyak wangi.

“Mama ingat nak buat rakaman video minyak wangi, rupa-rupanya…Alhamdullilah, hadiah istimewa kepada insan yang sangat istimewa.

“Kalau mama tak mengaku Jojo anak kesayangan, Jojo putus asa ja la,” katanya.

Perkongsian video detik manis yang dikongsikan Jojo di media sosial itu mengundang reaksi teruja orang ramai malah ada yang berharap agar dapat membahagiakan orang tua mereka seperti itu suatu hari nanti.

“Umur 18 dah boleh hadiah mak jam Rolex Jo. Umur 18 aku minta mak bapak aku laptop pertama untuk masuk universiti. Tahniah Jo, usaha tak khianat hasil,” puji @Atiiqart.

“Percayalah, anak yang hebat daripada ibu bapa yang hebat,” ujar @cecegabymomicomes.

“Tahniah, di umur muda dah dapat buat mak menangis terharu,” komen @Ummi Bella.

“Gembira mama dapat anak macam Jojo. Saya pun nak banggakan mak saya tapi tu lah, tak tau nak buat macam mana,” tulis seorang lagi netizen. – KOSMO! ONLINE

@johanghazaliAlhamdullilah special gift for a very special person. Kalau mama tak mengaku Jojo favourite son jojo give up je la.

♬ original sound – JohanGhazaliMuaythai

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI