fbpx

[VIDEO] Dua lelaki didakwa edar dadah RM8.8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA lelaki dibawa keluar daripada mahkamah selepas didakwa mengedar dadah di Mahkamah Majistret Bentong, Pahang hari ini.

BENTONG – Dua lelaki yang ditahan susulan rampasan dadah bernilai RM8.8 juta pada 6 Februari lalu didakwa di Mahkamah Majistret Bentong di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine.

Tertuduh Mohamed Ismail, 68, dan Muhammad Amir Ikram Mohd Dzulkiflee,32, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nuur Fakhiza Abu Bakar, namun tiada pengakuan direkodkan.

Menurut kertas pertuduhan kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama pada pukul 12.30 tengah hari, 6 Februari lalu mengedar dadah dipercayai jenis methamphetamine seberat 275,197 gram.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta A 1025) (Pindaan 1988) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39 B (2) Akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid dan tertuduh kedua iaitu Muhammad Amir Ikram diwakili peguam Hafizatul Shahirah Jamari manakala tertuduh pertama tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 16 Mei depan bagi sebutan semula kes.

Terdahulu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, dadah dirampas ketika serbuan di Kampung Sungai Min di Lipis pada 6 Februari lalu itu ditemukan dalam kenderaan jenis Toyota Wish yang terlibat dalam kemalangan langgar lari di Kampung Pagar Sasak sebelum dikejar orang awam sehingga ke Kampung Sungai Mun.

Yahaya berkata, susulan itu juga polis menahan pemandu kenderaan jenis Toyota Wish dan seorang lagi lelaki dipercayai rakan suspek yang datang bertemu suspek di lokasi kejadian.

Katanya, hasil pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut menemukan plastik hitam yang didalamnya mengandungi bungkusan-bungkusan plastik lut sinar berwarna coklat bertulisan Cina dan berlabel ‘chrysanthemum tea’ yang di dalamnya berisi dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI