fbpx

Trump salahkan Ukraine mulakan konflik dengan Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trump (kiri) menyalahkan Zelensky (tengah) kerana tidak memeterai perjanjian damai dengan Putin (kanan). - AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengecam rakan sejawatnya dari Ukraine, Volodymyr Zelensky serta menyalahkan Kyiv atas konflik dengan Moscow.

Trump meningkatkan tekanan ke atas Zelensky untuk mengadakan pilihan raya sekali gus mengulangi salah satu tuntutan utama Moscow.

Beliau turut menegur Zelensky kerana mengadu tidak dijemput untuk menyertai rundingan di Arab Saudi.

“Saya sangat kecewa. Saya dengar mereka (Ukraine) kecewa kerana tidak diajak berunding,” kata Trump kepada pemberita di pusat peranginan Mar-a-Lago di Florida.

“Hari ini saya mendengar, ‘oh, kami tidak dijemput’. Anda (Ukraine) telah mengalaminya (peperangan) selama tiga tahun. Anda sepatutnya tidak memulakannya (konflik). Anda boleh membuat perjanjian,” katanya.

Presiden AS itu juga mencadangkan bahawa beliau boleh bertemu dengan Presiden Russia, Vladimir Putin sebelum akhir bulan ini. Ia berlaku ketika Washington memperbaharui pendiriannya terhadap Moscow dalam perubahan yang membimbangkan pemimpin Eropah.

Tambah Trump, beliau lebih yakin dengan perjanjian untuk menamatkan perang selepas perbincangan antara AS dengan Russia.

“Mereka (Russia) sangat bagus. Russia mahu melakukan sesuatu. Mereka mahu menghentikan kebiadaban yang ganas.

“Saya fikir saya mempunyai kuasa untuk menamatkan perang ini, dan bagi saya ia berjalan dengan baik,” kata Trump.

Zelensky pada awal semalam mengkritik rundingan AS dan Russia kerana mengecualikan Kyiv.

Beliau berkata, usaha untuk menamatkan perang mesti adil dan melibatkan negara-negara Eropah, sambil menangguhkan perjalanannya sendiri ke Arab Saudi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI