fbpx

Tarikan pelancongan di China dikecam guna salji palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung menyelar tindakan Chengdu Snow Village yang menggunakan kapas dan air sabun sebagai salji. - Baidu/Shutterstock

BEIJING – Sebuah perkampungan yang terkenal dengan pertunjukkan landskap musim sejuk di China dikecam selepas menggunakan kapas dan air sabun untuk menghasilkan salji tiruan, lapor agensi berita United Press International. 

Iklan yang dipromosikan menunjukkan perkampungan di Chengdu, wilayah Sichuan itu menampilkan kawasan hutan dan rumah kayu yang dilitupi dengan salji tebal.  

Pengunjung bagaimanapun terkejut apabila mendapati bahawa salji itu sebenarnya tiruan serta dihasilkan menggunakan kapas dan air sabun.

Pengurus Chengdu Snow Village membuat permohonan maaf di media sosial selepas berdepan kritikan daripada pengunjung. 

“Cuaca panas memaksa kami menggunakan kapas dan air sabun untuk dijadikan salji. 

“Kami memohon maaf kerana gagal mempamerkan salji sebenar,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI