fbpx

‘Tak pernah mimpi nak jadi Presiden Pas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri (dua dari kanan) mengiringi Yang diPertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.(kanan) melawat salah sebuah reruai pada majlis pelancaran Pelan Strategik Pertanian Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menolak kemungkinan akan bertanding jawatan presiden atau timbalan presiden dalam pemilihan parti tersebut pada bulan September depan.

Menteri Besar Terengganu itu menganggap dirinya masih belum mampu menggalas tanggungjawab berat kedua-dua posisi utama parti tersebut.

“Manalah saya layak (jadi Presiden atau Timbalan Presiden Pas, saya ini (sebagai naib presiden) pun begitu berat.

“Tentulah (jawatan) lebih berat daripada itu, saya tidak pernah terpikir dan tidak berada dalam jangkauan (akal fikiran),” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2024-2030 di sini, hari ini.

Ahmad Samsuri juga masih mempertimbang untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden Pas bergantung kepada pencalonan diterimanya kelak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI