fbpx

Remaja elak dicekup polis lari berenang di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pencuri menyerah diri selepas berenang selama 20 minit. - Foto The Pattaya News

BANGKOK – Seorang remaja di Pattaya yang disyaki mencuri motosikal cuba melarikan diri dari ditahan dengan berenang ke laut, lapor laman berita The Pattaya News.

Namun, dia kemudian menyerah diri kepada polis selepas berenang selama 20 minit akibat sejuk dan keletihan.

Suspek mengaku mencuri dua buah motosikal milik penduduk kampung di Soi Phra Tamnak yang disembunyikannya di lokasi berhampiran. 

Polis membawanya untuk mendapatkan semula motosikal yang dicuri sebagai bukti dan dia kini ditahan untuk menghadapi prosiding undang-undang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI