fbpx

Pusat Pelanggan Persendirian Premier OCBC khusus untuk individu mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (lima dari kiri) bersama pengurusan kanan OCBC pada majlis pelancaran Pusat Pelanggan Persendirian Utama di Bangsar semalam.

KUALA LUMPUR – OCBC Bank (Malaysia) Berhad (OCBC Bank) melancarkan OCBC Premier Private Client Centre atau Pusat Pelanggan Persendirian Premier OCBC di Bangsar yang menawarkan perkhidmatan khusus kepada individu bernilai bersih tinggi dengan aset di bawah pengurusan sekurang-kurangnya RM3 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OCBC Bank, Tan Chor Sen berkata, strategi tiga penjuru yang dinamik ini bakal merintis jalan bagi mewujudkan pengalaman bukan sekadar perbankan yang ditawarkan oleh pusat itu. 

Katanya, inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen bank itu untuk menghargai pelanggan yang sentiasa menyokong OCBC  sepanjang 93 tahun bertapak di negara ini.

“Kemudahan khusus ini menawarkan penyelesaian kewangan terbaik dalam kelasnya dan mewujudkan persekitaran yang penuh inspirasi dengan reka bentuk berilhamkan alam semula jadi, sambil mencipta pengalaman tersesuai yang pasti disambut baik para pelanggan.

“Kami beroperasi berlandaskan rangka kerja satu kumpulan OCBC yang padu dan membolehkan kami menyediakan penyelesaian bersepadu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Pusat Pelanggan Persendirian Premier  OCBC  yang telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil semalam. 

Chor Sen menerangkan, pusat baharu ini, yang terletak di lot berasingan, menyediakan suasana terbaik untuk memastikan pelanggan boleh mendapatkan privasi dengan laluan masuk dan keluar tersendiri untuk ke ruang istirehat peribadi bagi mengadakan perbincangan bermakna dengan penasihat pelanggan masing-masing.

Tambah Sen, pusat itu menyediakan pengalaman menjamu selera dalaman, menghidangkan sajian tempatan pilihan khas terus daripada dapur lengkap di premis tersebut semasa bertemu dengan penasihat pelanggan. 

“Perkhidmatan disokong oleh layanan khas daripada pasukan yang dianggotai terutamanya bekas kakitangan syarikat penerbangan yang mengamalkan tahap profesionalisme yang tinggi.

“Pusat ini juga akan menganjurkan acara eksklusif menerusi jemputan khas, membawakan pengalaman unik seperti majlis cuba rasa tersendiri, pameran seni, dan tontonan hasil karya bersama pakar-pakar terkemuka di samping keistimewaan gaya hidup yang dirangka untuk menambah baik pengalaman pengurusan kekayaan pelanggan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI