fbpx

Perang psikologi Man. City jumpa Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OMAR Marmoush (kanan) menjadi pertaruhan baharu City menjelang aksi getir bertemu Real awal pagi esok. - MAN. CITY

MANCHESTER – Perang psikologi mula dilancarkan pengurus Manchester City, Pep Guardiola menjelang playoff kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Real Madrid di Santiago Bernabeu awal pagi esok.

Bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich itu seolah-olah memberikan harapan cukup besar kepada Real apabila menganggap pasukannya hanya memiliki peluang satu peratus untuk mara ke pusingan 16 terbaik.

Guardiola berkata, City berdepan cabaran cukup besar untuk mengubah agregat perlawanan kembali memihak kepada mereka selepas tewas 2-3 pada perlawanan pertama berlangsung di Stadium Etihad minggu lalu.

“Jika anda tanya orang ramai mengenai peratusan untuk menang di Bernabeu, mereka tahu apa yang boleh diharapkan. Secara jujur, kami akan tiba di sana dengan peluang hanya satu peratus untuk menang.

“Memang itulah hakikatnya tetapi kami akan cuba dan keluarkan segala-galanya kerana kita tidak tahu apa yang boleh berlaku. Memang peluang sangat tipis dengan keputusan 2-3 seperti ini,” katanya.

Sementara itu, beliau menggesa pemain-pemainnya supaya tidak berada dalam keadaan terlalu selesa biarpun mereka baru sahaja membelasah Newcastle United 4-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu lalu.

“Semua orang tahu kami tidak bermain seperti diharapkan dalam sebahagian besar musim ini. Saya yakin pemain-pemain juga sedar bahawa mereka akan kalah jika gagal beraksi pada tahap dimahukan,” ujar Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN