fbpx

Pengasuh yakin dengar suara Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Zayn Rayyan.

PETALING JAYA – Saksi pendakwaan ke-17 memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa dia ada mendengar suara Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin seolah-olah melepaskan diri daripada seseorang pada petang 5 Disember 2023.

Auni Afiqah Abas, 30, yang juga pengasuh kepada Zayn Rayyan berkata dia mendengar suara kanak-kanak itu dari kawasan Blok R, Apartment Damansara Damai di sini kira-kira pukul 6.30 petang.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam ketika ditanya adakah hanya dia seorang yang mendengar suara Zayn itu, saksi itu memaklumkan adiknya dan juga kanak-kanak lain yang berada di kawasan sekitar turut mendengar suara tersebut.

Peguam: Soalan saya amat penting, ada atau tidak Auni masa terlibat pencarian pada 5 Disember petang ada mendengar suara arwah Zayn datang dari kawasan Blok R, ada atau tidak
Saksi: Ya

Peguam: Ini adalah lebih kurang waktu di mana Isma (Ismanira) dan suami (Zaim Ikhwan) dan Mateen (adik Zayn) telah pergi ke balai buat laporan polis
Saksi: Betul

Peguam: Sebagai pengasuh kepada Zayn, anda kenal pasti itu suara Zayn?
Saksi: Betul

Peguam: Suara arwah Zayn didengar Auni (saksi), adik dan beberapa budak di situ betul?
Saksi: Betul

Peguam: Ada atau tidak anda beri temu ramah dengan pihak media bahawa anda ada dengar suara arwah Zayn mahu melepaskan diri daripada seseorang
Saksi: Betul

Sementara itu, ketika pemeriksaan semula oleh pendakwaraya mengenai suara yang didengar seperti yang ditanya peguam, saksi itu berkata suara itu berbunyi ‘errrrr’.

Pendakwa raya: Macam mana tahu itu suara Zayn?
Saksi: Sebab saya jaga dia dan dan dia pernah buat suara itu di rumah.

Terdahulu saksi terbabit yang tinggal di Blok F apartment yang sama memberitahu dia telah menjaga Zayn Rayyan dan adiknya sejak Jun 2022 yang mana ketika itu kanak-kanak autistik tersebut berusia lima tahun.

Katanya, ibu Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf akan menghantar anak sulungnya itu pada pukul 1 petang dan akan mengambil semual pada pukul 4 petang.

Ujar saksi itu, bagaimanapun pada 5 Disember 2023, Ismanira tidak menghantar Zayn Rayyan kerana memaklumkan anaknya hilang pada pukul 1 petang.

Semasa prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Aqharie Durranie Aziz, manakala peguam Haresh Mahadevan mewakili kedua-dua tertuduh.

Perbicaraan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh bersambung lagi petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI