fbpx

Peluang Eky sertai Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EKY (kanan) kembali menemui prestasi terbaiknya dengan membantu PDRM mara ke final Piala Cabaran musim ini.

KUALITI yang dijelmakan Shahrel Fikri Md. Fauzi bersama PDRM FC musim ini menghadirkan perkembangan positif buatnya untuk menempatkan diri di kedudukan lebih baik bagi mengintai peluang kembali ke pangkuan Harimau Malaya.

Sumbangannya kepada The Cops musim ini menyaksikan nama bekas pemain Perak, Negeri Sembilan dan Selangor itu mula meniti di bibir para peminat hingga dianggap sudah kembali menemui prestasi terbaiknya.

Di bawah kendalian P. Maniam, Shahrel atau lebih mesra dikenali sebagai Eky sudah berjaya membentuk gandingan mantap bersama Bruno Suzuki dan Ifedayo Olusegun di jentera serangan PDRM.

Penyerang berusia 30 tahun itu turut berjaya mencipta satu jaringan ketika PDRM tewas 2-3 kepada Selangor pada final pertama Piala Cabaran di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya minggu lalu.

Bagaimanapun, Eky percaya akan memperoleh balasan setimpal sekiranya berjaya mengekalkan prestasi lebih baik pada baki saingan musim ini dengan fokus utamanya sekarang adalah membantu PDRM mengubah defisit menjelang aksi final kedua pada Sabtu ini.

“Kami akan berikan fokus kepada banyak perkara kerana kalau dilihat dengan kelebihan seorang pemain kami tetap berdepan kesukaran untuk dapatkan tambahan jaringan.

“Saya rasa semua pemain sudah berikan yang terbaik, cuma tidak ada rezeki. Jadi sekarang kami kena lebih fokus untuk perlawanan kedua dan pertajamkan lagi aspek serangan,” katanya.

Melihat semula kepada corak permainannya mengikut perancangan Maniam dan kehadiran Olusegun di PDRM, Eky tidak lagi terhad sebagai penyerang ortodok, sebaliknya mampu memainkan peranan sebagai pengumpan atau penggerak kepada serangan The Cops.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI