fbpx

Pelajar pandu BMW, Fortuner buat ‘stunt’ atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan kereta BMW dan Fortuner berpusing di tengah jalan di negeri Telangana, India. - X

NEW DELHI – Satu klip video tular memaparkan dua pelajar memandu kereta jenama BMW dan Fortuner sambil melakukan lagak ngeri di sebuah lebuh raya di India, lapor portal berita News 18 semalam. 

Kejadian berlaku di bandar Hyderabad, negeri Telangana pada 9 Februari lalu.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di aplikasi X oleh akaun @jsuryareddy menunjukkan dua pemandu tersebut memusingkan kereta mewah mereka di tengah jalan lima lorong. 

Polis tempatan berkata, kedua-dua suspek sempat menanggalkan nombor pendaftaran kereta mereka untuk mengelak daripada dikenal pasti. 

“Mereka bagaimanapun akhirnya ditahan, manakala kereta yang digunakan disita,” tambah polis. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 60,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Mereka ialah pelajar. Kereta pun bapa yang beli,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI