fbpx

Nak sewa rumah pun kena kerja ‘gomen’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita buntu mendapatkan rumah sewa hanya kerana dia tidak bekerja sebagai penjawat awam.

Menerusi perkongsian wanita itu di Facebook, dia berhubung dengan seorang pemilik rumah yang berhasrat mahu menyewakan kediamannya.

Menerusi tangkap layar perbualan dua individu itu, pemilik rumah enggan menyewakan kediamannya sebaik mendapati wanita tersebut dan pasangannya bukannya kakitangan awam.

“Tuan rumah ada hak memilih penyewa, tapi kalau semua fikir begini, orang kerja swasta nak duduk mana?,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai reaksi terhadap tindakan pemilik rumah sewa berkenaan.

“Payah ni, nak kahwin kena kerja kerajaan, buat pinjaman nak kena kerja kerajaan, sewa rumah pun nak kerja kerajaan,” kata Maq.

“Yang kerja swasta kena kongsi slip gaji enam bulan dekat tuan rumah bagi dia yakin supaya tak ada tunggakan bayaran sewa. Risau pemilik ada pengalaman buruk dengan pekerja swasta,” kata Zafran.

“Boleh diterima alasan dia sebab nak orang yang ada aliran tunai yang stabil dan boleh menetap lama,” kata Bobbie.

“Itu hak tuan rumah, terimalah. Cari rumah lain,” kata NeskapeAis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI