PETALING JAYA – MCIS Insurance Berhad (MCIS Life) akan meneruskan usaha untuk memperkasakan kekuatan agensinya dalam bidang inovasi, pertumbuhan strategik, memupuk dinamik dan juga kerjasama persekitaran di dalam ekosistem kumpulan.
Ketua Pegawai Agensinya, Ahmad Zubir Aziz berkata, pertumbuhan landskap insurans semasa telah memberi peluang baharu dan cabaran, jadi pihaknya akan terus menerima pakai inovasi dan juga aktif ke hadapan bersaing di dalam industri berkenaan.
“Strategi kami adalah untuk memperkasakan ejen dengan pelbagai persiapan dan teknologi yang berkaitan bagi membolehkan mereka menawarkan penyelesaian mengikut keperluan peribadi dan keperluan asas pelanggan.
“Dengan membina kerjasama budaya, kami akan memastikan ejen dilengkapi dengan perkhidmatan yang luar biasa sekali gus dapat menyumbang kepada pertumbuhan kestabilan syarikat.
“Kami juga komited untuk memupuk ekosistem ejen kami dengan menyediakan latihan, bimbingan dan berkemahiran yang berkualiti bagi memastikan mereka memiliki cukup keperluan untuk bertindak sebagai penasihat yang dipercayai,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Ahmad Zubir menerangkan, MCIS Life kini memfokuskan kepada segmen pasaran yang lebih meluas dan dalam masa yang sama komited untuk memberi tumpuan terhadap komuniti yang kurang mendapat perhatian serta mereka daripada kumpulan yang berpendapatan sederhana.
“Agensi kami memainkan peranan yang penting dalam memastikan pelanggan kami menerima penyelesaian yang khusus kepada keperluan mereka dan kami akan terus bekerja untuk mengembangkan keperluan serta penyelesaian tersebut,” jelasnya.
Tambah beliau, misi strategik syarikat kini melangkaui penambahan baik yang dilakukan syarikat dan ia memfokuskan kepada membudayakan amalan bekerjasama dan juga berkepimpinan di dalam kekuatan agensi.
Salah satu inisiatif syarikat adalah Chairman’s Elite Club (CEC) iaitu satu program yang dibangunkan untuk mengenalpasti kekuatan ejen daripada aspek kepimpinan, dedikasi dan juga pencapaian mereka.
“CEC menawarkan ejen peluang terbaik untuk meluaskan rangkaian, menjadi pakar dalam mentor dan menyertai latihan khusus untuk memastikan mereka terus sukses dalam bidang tersebut.
“Ini kerana ejen kami adalah tulang belakang kepada syarikat dan kami komited untuk menyokong mereka dengan sumber yang diperlukan untuk membolehkan mereka berjaya,” jelasnya.
Tambah beliau, bagi menghargai mereka, syarikat telah mengkaji skim kewangan untuk dijadikan kepada pelarasan tahunan bagi memastikan mereka mendapat ganjaran daripada apa yang diusahakan selama ini.
Ahmad Zubir menjelaskan, melalui statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Insurans Nyawa Malaysia (LIAM) memaklumkan bahawa hanya 54 peratus daripada rakyat di negara ini memiliki perlindungan insurans, jadi ini adalah peluang kepada MCIS Life untuk meningkatkan penembusan kadar tersebut.
“Kami bercadang untuk mencapai lebih ramai pelanggan baharu dan mengembangkan kapasiti ejen,” jelas beliau.