fbpx

Lubang benam gergasi muncul depan pintu rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lubang benam gergasi muncul dekat pintu masuk utama di Godstone, England. - LNP

LONDON – Berpuluh-puluh keluarga diarah berpindah dari rumah mereka selepas lubang benam gergasi sedalam 20 meter muncul di sebatang jalan di England, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Lubang besar itu muncul hanya beberapa meter dari pintu depan sebuah rumah di Godstone, Surrey. 

Menurut polis tempatan, laluan Godstone High Street ditutup bagi membenarkan pasukan keselamatan meninjau keadaan yang disifatkan sebagai ‘adegan daripada gempa bumi’. 

“Jalan itu berkemungkinan ditutup untuk tempoh masa panjang. 

“Sebilangan keluarga yang tinggal berhampiran diarah berpindah sebagai langkah berjaga-jaga,” kata polis. 

Imej yang dimuat naik di media sosial menunjukkan sebahagian jalan di hadapan kawasan taman runtuh.  

“Sila elakkan kawasan itu dan gunakan laluan alternatif,” kata jurucakap Surrey Highways.

Jurucakap syarikat utiliti SES Water berkata,  pihaknya menerima laporan berhubung saluran paip yang pecah di Godstone High Street pada awal pagi semalam. 

“Sebuah pasukan telah dikerahkan untuk menjalankan pembaikan segera. 

“Kami memohon maaf atas gangguan ini dan sedang berusaha untuk menyelesaikan keadaan secepat mungkin,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI