GOPENG – Seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun ditemui meninggal dunia di sebuah kediaman terkunci dari dalam di Taman Gopeng Baru di sini pada pukul 8.30 malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada polis mengenai mangsa yang meninggal dunia di dalam rumah tersebut sebelum pasukan ke lokasi kejadian.
Katanya, apabila pintu rumah berjaya dibuka, mangsa telah meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE