fbpx

Lagu ‘Bea Sobar Bea’ tidak diharamkan, disekat di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan melihat tiada keperluan untuk mengharamkan dan menyekat lagu Cinta Setandan Pisang atau lebih popular dengan judul ‘Bea Soba Bea’ daripada dimainkan, diputar termasuk dinyanyikan di dalam negeri ini.

Desas-desus kononnya lagu tersebut diharamkan di Kelantan tercetus apabila penyanyinya, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30, bersama suami dan empat rakan ditangkap berkait kes dadah di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand pada 1 November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, isu tersebut sebenarnya merupakan salah faham kerana lagu ciptaan komposer terkenal, Eddie Hamid yang dinyanyikan oleh Eda Ezrin dan Den Manjo itu tidak pernah diharamkan di negeri ini.

Menurutnya, salah faham itu berlaku apabila pengacara majlis dan Den Manjo membuat jenaka ringan atau berseloroh pada persembahan di sebuah majlis makan malam bagi meraikan pemain industri pelancongan dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini semalam.

“Pengharaman atau sekatan ke atas sesebuah lagu sebenarnya bergantung kepada lirik lagu berkenaan. Perkara itu juga bukan diputuskan oleh kerajaan negeri sebaliknya daripada pihak berkuasa agama termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik).

“Ia sekadar jenaka ringan dan lagu itu masih boleh dinyanyikan, dimainkan atau diputarkan oleh mana-mana pihak di negeri ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam Meraikan Pemain Idustri Pelancongan Dalam Kawasan MPKB-BRI 2025 di sebuah hotel, di sini malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI