fbpx

Konsert Pinkfish: Kematian 3 pengunjung disebabkan dadah perangsang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein.

PETALING JAYA – Laporan patologi mengesahkan punca kematian membabitkan tiga pengunjung di konsert Pinkfish Countdown 2024 berpunca daripada pengambilan dadah jenis perangsang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bagaimanapun punca kematian seorang lagi mangsa tidak dapat disahkan buat masa ini berikutan masih menunggu laporan patalogi dari pihak hospital.

“Punca kematian adalah ‘stimulant drugs intoxication’, manakala laporan seorang lagi mangsa masih dalam tindakan pihak hospital.

“Setakat ini seramai 53 orang saksi sudah dirakam percakapan berhubung kes berkenaan. Siasatan lanjut sedang dijalankan dan akan dirujuk ke pihak koroner selepas siasatan selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, polis sedang menyiasat kematian dua lelaki dan dua wanita selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, di sini selepas menerima laporan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sehubungan itu, Hussein berkata, dua daripada tiga pengedar dadah yang ditangkap susulan kematian empat individu terbabit telah dituduh di mahkamah secara berasingan antara 7 dan 9 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI