fbpx

Kes bunuh Norshamira: Kerajaan Pahang tawar khidmat kaunseling untuk keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SABARIAH ketika melawat dan menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Pahang kepada Mohammad Afiq Akhmal di Taman PSJ Sungai Karang Darat dekat sini, semalam.

KUANTAN – Kerajaan Pahang menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedia memberi bantuan dan khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa bunuh, Allahyarhamah Norshamira Zainal.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Sabariah Saidan berkata, pihak JKM telah menyediakan dua kaunselor bagi memulihkan emosi suami dan keluarga mangsa.

“Hari ini kita datang melahirkan rasa simpati dan juga memberi sokongan moral kepada keluarga Allahyarhamah Norshamira. Pihak JKM juga ada hantar sokongan psikologi daripada kaunselor yang sudah bermula pada hari kedua.

“Kaunselor di Rompin telah membuat intervensi pada hari kedua di Keratong yang melibatkan keluarga mangsa, dan suami serta keluarga di Kuantan,” katanya ketika ditemui selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kerajaan negeri Pahang kepada suami Allahyarhamah, Mohammad Afiq Akhmal Nudin, 31, di Taman PSJ Sungai Karang Darat dekat sini, semalam.

Sementara itu, Mohammad Afiq Akhmal berkata, bantuan psikologi oleh pihak JKM amat membantu dirinya dan keluarga untuk lebih tenang dalam menerima pemergian Allahyarhamah.

“Setakat ini Alhamdulillah memang tak ada masalah yang besar sangat, saya boleh hadapi dan agak tenang sedikit selepas pemergian arwah,” katanya.

Dalam kejadian 13 Februari lalu, Allahyarhamah Norshamira, 37, ditemui mati dipercayai dibunuh sebelum mayatnya ditemukan di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur dekat sini selepas keluar rumah bagi menjalankan perniagaan penghantaran tunai (COD) makanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI