fbpx

Jururawat maut rempuh lori sebelum digilis dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman papan pemuka (dashcam) memamaprkan insiden yang meragut nyawa Nurul Ilham (gambar kecil) di Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), dekat Sepang semalam.

SEPANG – Seorang jururawat maut apabila motosikalnya merempuh belakang sebuah lori sebelum tercampak dan digilis dua kenderaan lain di Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), di sini semalam.

Mangsa, Nurul Ilham Nordin, 29, yang bertugas di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan G Shan Gopal berkata, siasatan awal mendapati mangsa terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan dari arah Cheras menghala ke tempat kerja.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai terlanggar belakang sebuah lori tiga tan yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami masalah teknikal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, akibat pelanggaran tersebut, mangsa tercampak ke sebelah kanan jalan dan digilis sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan kemudian dilanggar sekali lagi oleh pemandu Perodua Alza.

Katanya, siasatan masih dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Shan Gopal berkata, pihaknya juga telah merakam keterangan tiga pemandu kenderaan yang terbabit dalam insiden itu bagi membantu siasatan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut diminta menyalurkannya dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang atau menghubungi Insp. Mohamad Fadzil Zainol Abidin di talian 019-6488474. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI