fbpx

Juara Eropah tidak boleh ‘lupa diri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAL memiliki kelebihan satu gol ke atas City selepas menang 3-2 di Manchester minggu lalu. - AFP

MADRID – Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti menjadikan pengalaman final 2005 sebagai peringatan kepada barisan pemainnya menjelang playoff kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Manchester City di Santiago Bernabeu awal pagi esok.

Beliau berkata, walaupun Los Blancos memiliki kelebihan dari segi agregat 3-2, namun mereka perlu berwaspada dengan ancaman pasukan lawan, lebih-lebih lagi sekiranya berdepan kelab dari Liga Perdana Inggeris (EPL).

Justeru, Ancelotti menggesa pemain-pemainnya supaya mengekalkan fokus selain mengulangi aksi yang dipamerkan ketika membenam cabaran juara EPL itu sewaktu pertemuan pertama minggu lalu.

Pengendali dari Itali itu tidak mahu mimpi ngeri final 2005 kembali berulang di mana ketika itu beliau mengemudi AC Milan mendahului 3-0 ke atas Liverpool di separuh masa pertama, namun tewas.

“Pada ketika itu kami mendahului 3-0 di separuh masa pertama dengan pemain-pemain sudah meraikannya sehingga ada yang memakai baju ‘juara’ di bahagian dalam jersi. Saya ingatkan mereka supaya berwaspada dengan pasukan England.

“Bermula separuh masa kedua, segalanya serba tidak menjadi dan mereka berjaya menyamakan kedudukan sebelum menang menerusi penentuan sepakan penalti. Ketika itu, fikiran saya kosong dan rasa seperti di awang-awangan,” katanya.

Walaupun memiliki kelebihan agregat 3-2 selain beraksi di laman sendiri, namun Real wajar berasa bimbang memandangkan City dilihat sudah mula menemui rentak selepas membelasah Newcastle United pada Sabtu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN