fbpx

JPG perkukuh usaha bantuan bencana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyaksikan penyerahan sumbangan JPG dalam Program Jalinan Ukhuwah di Simpang Renggam, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Johor Plantations Group Berhad (JPG) menyumbang RM250,000 kepada Waqaf An-Nur Corporation Berhad untuk pembelian bot bantuan bencana dan ambulans bagi menyokong usaha tindak balas kecemasan. 

Sumbangan menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat #JPGBerkat itu akan memperkukuh usaha bantuan bencana di Johor, menyediakan bantuan kritikal kepada komuniti yang terjejas akibat banjir dan bencana lain. 

Ia menggariskan dedikasi JPG untuk meningkatkan kesiapsiagaan bencana, menyokong kumpulan kurang bernasib baik, dan memupuk daya tahan masyarakat jangka panjang. 

Pengarah Urusan JPG, Mohd Faris Adli Shukery berkata, menerusi #JPGBerkat, syarikat berdedikasi untuk memainkan peranan aktif dalam menyokong komuniti dan membuat perubahan ketara dalam usaha bantuan bencana. 

“Di JPG, kami percaya bahawa perniagaan mempunyai tanggungjawab yang melangkaui sumbangan ekonomi. 

“Sokongan kami untuk Waqaf An-Nur akan memberikan bantuan kecemasan yang penting semasa banjir, memperkukuh komitmen kami terhadap kemampanan, daya tahan, dan kesejahteraan sosial,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI