fbpx

Jelebu banjir, 51 mangsa diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan APM membantu mangsa banjir di Jelebu, Negeri Sembilan malam tadi. IHSAM APM

JELEBU – Seramai 51 mangsa banjir dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) selepas tiga lokasi di daerah ini dinaiki air susulan hujan lebat selama empat jam.

Tiga lokasi terjejas adalah Ladang Jelebu, dan dua buah taman perumahan iaitu Taman Pekan Baru serta Taman Bandar Tinggi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu, Lt (PA) Mohd. Najib Abdul Karim berkata, hujan lebat sejak pukul 10 malam semalam menyebabkan 11 buah keluarga terjejas setakat pukul 3 pagi ini.

“PPS mula di buka kira-kira pukul 1.02 pagi tadi di Dewan Besar Majlis Daerah Jelebu (MDJ) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang.

“Dalam kejadian terbaharu ini mangsa antaranya terdiri dari sembilan orang warga emas, 28 dewasa, 12 kanak-kanak dan dua orang bayi,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Menurutnya, punca kejadian banjir kilat berkenaan dipercayai akibat limpahan air dari sungai serta masalah sistem perparitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI