fbpx

Imam Rohingya didakwa ‘pegang-pegang’ budak dalam masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa Solim (tengah) selepas didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang imam etnik Rohingya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual dengan mencabul seorang kanak-kanak lelaki di sebuah masjid di Kampung Paya Bemban di sini pada minggu lalu.

Tertuduh, Solim Abdul Jalil, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun lapan bulan semasa waktu solat asar di sebuah masjid di Kampung Paya Bemban di sini kira-kira pukul 5 petang pada 12 Februari lalu.

Solim didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Muhamad Fikri Muhamad.

Mahkamah kemudian tidak menawarkan jaminan selain menetapkan 19 Mac depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI