fbpx

Hutang kereta, rumah boleh bayar, hutang Mara culas selesaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf.

SABAK BERNAM – Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan penurunan hutang pinjaman tidak berbayar (NPL) kepada 30 peratus tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ketika ini NPL ditanggung pihaknya mencecah 49.6 peratus bernilai RM893 juta dengan ramai didapati masih culas melakukan pembayaran balik.

Katanya, ramai peminjam didapati senyap dan tidak ke hadapan sekiranya menghadapi masalah termasuk melalui proses penjadualan dan penstrukturan semula.

“Saya lihat semasa satu budaya pemikiran orang-orang kita yang lihat keutamaan membayar hutang MARA adalah paling rendah dan kebelakang.

“Hutang pinjaman peribadi bank, kereta, rumah itu mereka (peminjam) sanggup bergolak gadai untuk mereka membayar tetapi hutang Mara mereka culas. Walaupun mereka mempunyai keutamaan tetapi mereka tidak membayar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat dan meraikan Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar hari ini.

Tegas Asyraf, pihaknya tidak akan berkompromi lagi dengan mempertingkatkan dan mengetatkan displin kewangan.

Ujarnya, ini termasuk soal penilaian kepada mereka yang berikan hutang, pemantauan dan penguatkuasaan.

“Saya telah berikan amanah kepada ahli Majlis Mara yang salah seorangnya merupakan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim untuk mengepalai Jawatankuasa Pelaburan dan lihat tatakelola displin kewangan Mara.

“Saya tidak berkompromi soal orang culas untuk pembayaran dan ambil tindakan sehingga peringkat mahkamah atau sita. Ini sedang dilakukan secara agresif.

“Bukan untuk sulitkan sesiapa tetapi jangan atas nama untuk mengangkat martabat bangsa, kita culas dan melakukan penyelewengan dan penyimpangan dari agenda itu sendiri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI