fbpx

Hujan lebat, ribut petir seluruh negara malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Jabatan Meterologi (MetMalaysia) menjangkakan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di hampir seluruh negara sehingga malam ini.

Antara negeri terlibat adalah, Kedah (Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang dan di Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Manakala di Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan).

Sementara itu di Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur , Putrajaya serta Johor (Muar dan Batu Pahat).

“Di Sarawak ia melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Sarikei, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang.

“Manakala di Sabah, Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu) sehingga malam nanti,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI