PETALING JAYA – Hadiah wang tunai RM6,000 berserta piala menanti juara Pertandingan Memancing Petaling Jaya Joran 2025 (PJ Joran 2025) yang akan diadakan di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya pada Ahad ini.
Pertandingan anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sempena sambutan Tahun Melawat Selangor 2025 itu menawarkan hadian keseluruhan bernilai RM21,300.
Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Aznan Hassan berkata, pertandingan kali ini memasuki edisi keenam dan sentiasa mendapat sambutan luar biasa daripada pemancing di sekitar Lembah Klang.
Katanya, pada kalinya pihaknya menyasarkan sebanyak 600 penyertaan bagi memeriahkan suasana serta mempromosikan Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya sebagai destinasi riadah utama.
“Naib juara juara menerima RM3,000 dan tempat ketiga sebanyak RM1,000,” katanya.
Bagi menarik lebih ramai peserta, kali ini tiga tasik dibuka dengan semua spesies ikan dipertandingkan.
Pada tahun 2023, ikan patin seberat 5.72 kilogram (kg) dinobatkan sebagai juara, dan diharapkan ada pemancing yang berjaya menaikkan ikan lebih besar tahun ini.
Bagi memastikan keseronokan pemancing, hampir 400kg spesies baung dilepaskan ke dalam tasik.
Pendaftaran boleh dilakukan pada Sabtu ini, bermula dari pukul 4 petang hingga 10 malam.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh menghubungi urus setia di talian 013-2661077. – KOSMO! ONLINE