fbpx

Gagal seludup 88,000 biji kelapa hampir RM2 juta ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua buah treler dan sebanyak 88,000 biji buah kelapa yang dirampas di stor Che Soh, Kampung Pulau Ular dekat Tumpat kelmarin. - IHSAN PGA

TUMPAT – Cubaan lima lelaki untuk menyeludup 88,000 biji kelapa bernilai hampir RM2 juta dalam dua buah treler tidak berhasil apabila mereka dicekup di stor Che Soh, Kampung Pulau Ular dekat sini kelmarin.

Kelima-lima lelaki berusia 26 hingga 43 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari semasa berada di kawasan stor tersebut.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pihaknya mengesan kegiatan penyeludupan kelapa di stor itu semasa menjalankan tugas menerusi Op Taring Wawasan.

Menurutnya, lima lelaki tempatan ditahan dan dua buah treler disyaki digunakan untuk menyeludup kelapa turut dirampas.

“Pemeriksaan mendapati tiada sebarang dokumen dan lesen pembelian kelapa yang sah. Ia dipercayai akan diseludup ke Thailand,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kelima-lima suspek itu dipercayai bertindak menjadi penghantar untuk menyeludup kelapa tersebut ke Thailand.

Nilai rampasan keseluruhan termasuk dua buah treler berjumlah RM2.13 juta. Tangkapan dan rampasan dibawa ke Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Akta FAMA 1965. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI