fbpx

Dewan Rakyat: Kemiskinan mutlak turun pada kadar 6.2 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Insiden kemiskinan mutlak di negara ini mengalami penurunan mutlak pada kadar 6.2 peratus berdasarkan analisis terkini menggunakan data tahun 2022.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, analisis seterusnya akan dilaksanakan pada tahun 2026 menggunakan data 2025.

“Berdasarkan analisis terkini menggunakan data tahun 2022, sasaran pencapaian matlamat pembangunan mampan negara atau SDG pada tahun 2030 diunjurkan pada kadar 43 peratus berbanding purata global 17 peratus.

“Secara umumnya, 12 daripada 17 SDG menunjukkan trend yang positif,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Tan Kok Wai (PH-Cheras) sejauh mana pencapaian Malaysia dalam
setiap satu dari 17 aspek SDG.

Hanifah berkata pencapaian positif kedua SDG berkaitan kesaksamaan gender kerana penguatkuasaan Akta Antigangguan Seksual 2022 dan pengoperasian Tribunal Anti Gangguan Seksual mulai Mac 2024.

Menurut beliau, pencapaian seterusnya adalah berkenaan tenaga mampu milik dan bersih apabila akses kepada tenaga elektrik sebanyak 99.7 peratus dan penggunaan tenaga boleh baharu pada tahap yang tertinggi iaitu 19.7 peratus.

“Ini disumbangkan oleh usaha-usaha seperti pengeluaran tenaga boleh baharu hidro dan pembinaan ladang solar terapung terbesar di Malaysia oleh Sarawak,” kataya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI