JAKARTA – Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila lengannya hampir putus digigit seekor buaya di sebuah taman hiburan di Indonesia, lapor akhbar Metro UK semalam.
Kejadian berlaku di Cimory Dairyland dekat Gowa, wilayah Sulawesi Selatan.
Polis tempatan berkata, mangsa cuba memberi makanan kepada reptilia berkenaan sebelum lengannya digigit.
“Reptilia itu kemudian menerkam mangsa dan menariknya ke dalam air,” kata polis.
Orang ramai menjerit ketakutan apabila melihat lengan mangsa berada dalam rahang haiwan pemangsa tersebut sebelum dilepaskan.
“Mangsa mengalami patah tulang pada pergelangan tangannya. Dia dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut,” tambahnya.
Ketua Jabatan Bomba empatan Hasanuddin berkata, buaya itu ditangkap di kawasan perumahan yang dinaiki air pada 12 Februari lalu sebelum dibawa ke Cimory Dairyland. – AGENSI