fbpx

Bunga api, mercun antara faktor kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAE-HA

POHANG Steelers FC hanya boleh menyalahkan diri sendiri apabila terkeluar daripada kelompok lapan pasukan terbaik Zon Timur Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) apabila dibelasah Johor Datul Ta’zim (JDT) 2-5 semalam.

Ketua jurulatihnya, Park Tae-ha berkata, kesilapan yang dilakukan pemain pada babak kedua menjadi punca mereka tewas kepada JDT sekali gus menyaksikan perjalanan dalam saingan ACLE terkubur di peringkat kumpulan sahaja.

Katanya, pada awalnya kelab Korea Selatan itu berjaya menyaingi kekuatan Harimau Selatan, malah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Lee Hojae pada minit ke-27 sebelum Oscar Arribas tampil menyamakan kedudukan berselang 10 minit kemudian.

“Dalam perlawanan terakhir ini, kami cuba melakukan sebaik mungkin, namun kesilapan individu menjadi punca utama kami tewas pada perlawanan ini.

“Taktikal diterapkan tidak mempunyai masalah, namun apabila sudah ketinggalan, kami bergelut untuk bangkit.

“Walaupun pemain menunjukkan semangat juang tinggi dengan menyerang hingga minit akhir, kami tak mampu untuk baiki kesilapan itu,” katanya.

Tae-ha turut mengucapkan tahinah kepada JDT kerana memenangi perlawanan itu selain menyifatkan juara Liga Super 10 kali itu sebagai lawan kuat yang dibarisi ramai pemain berkualiti.

Dalam masa sama, pengendali berusia 56 tahun itu kesal dengan tindakan segelintir individu tidak dikenali yang membakar bunga api dan mercun di luar hotel mereka menginap dengan tujuan mengganggu pemainnya tidur dan mendapat rehat mencukupi.

“Saya ingin ceritakan apa yang berlaku di hotel kami. Ini kerana ada segelintir individu bermain bunga api di luar hotel kami menginap untuk mengganggu tidur pemain antara pukul 11 malam hingga 5 pagi.

“Ini bukanlah punca utama kami kalah tetapi saya perlu hebahkan perkara ini. ACLE adalah pertandingan berprestij, salah satu kejohanan antarabangsa di bawah kalendar FIFA.

“Jadi, kita perlu bertanding secara baik, perlu menghormati dan memahami lawan. Saya tidak faham bagaimana perkara ini boleh berlaku,” katanya yang mengutuk perbuatan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI