fbpx

Beli diesel dari kapal tangki, seludup melalui jeti haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAUB (dua dari kiri) menunjukkan rampasan peralatan dan lori tangki ke atas sindiket penyelewengan minyak diesel di sebuah premis di Taman Perniagaan Setia, Johor Bahru hari ini.-Foto BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Taktik sindiket penyelewengan diesel yang beroperasi di sebalik imej syarikat pengangkutan di Taman Perniagaan Setia, di sini terbongkar apabila premis tersebut diserbu polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, perkara itu dibongkarkan Pasukan Polis Marin Wilayah Dua menerusi serbuan dibuat pada pukul 2.30 petang.

Katanya, empat individu terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 29 hingga 69 tahun berjaya ditahan, dengan rampasan diesel sebanyak 44,500 liter bernilai RM155,750 dibuat.

“Modus operandi digunakan sindiket yang beroperasi sejak Oktober tahun lalu itu adalah mendapatkan bekalan diesel daripada kapal tangki di tengah laut dan dipindah menggunakan bot lebih kecil.

“Diesel itu kemudian dibawa masuk melalui jeti haram sebelum dipindah ke lori tangki dan dihantar ke premis kilang. Ia kemudian dijual kepada pasaran melibatkan kilang-kilang industri dan syarikat pengangkutan,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau premis kilang, di sini hari ini.

Menurutnya, sindiket itu juga dikesan menjalankan operasi pemindahan diesel ke dalam tangki-tangki lebih kecil pada waktu malam untuk mengaburi pihak berkuasa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI