fbpx

Bela ayam, bina reban dalam kawasan pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR reban ayam yang kemudian 'hilang' di depan sebuah blok pangsapuri. - Foto Stomp

SINGAPURA – Seorang penduduk memelihara ayam di dalam dua reban di depan sebuah blok pangsapuri di Yishun, Singapura, lapor laman berita Stomp hari ini.

Dia dilaporkan memelihara haiwan-haiwan itu selama bertahun-tahun.

Satu rakaman video memaparkan dua struktur kecil reban ayam di kawasan umum.

Jurucakap Majlis Perbandaran Nee Soon berkata, pihaknya mengetahui tentang penternakan ayam di blok itu.

“Pegawai kami secara proaktif terlibat dengan penduduk untuk mendapatkan kerjasama mereka bagi mengalihkan struktur itu,” kata jurucakap tersebut.  

Semalam, seorang penduduk berkongsikan gambar menunjukkan salah satu daripada dua struktur itu telah hilang. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI