fbpx

Bekas pengurus bank didakwa minta, terima suapan RM600,903

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi pegawai SPRM ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka. Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/ KOSMO!

MELAKA – Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 58 pertuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM600,903 daripada dua firma guaman sebagai balasan membantu rujukan kes berkaitan urusan pinjaman perumahan pada 2017 dan 2022.

Tertuduh, Mohamad Faqih Mustapha, 36, mengaku tidak bersalah sejurus kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Berdasarkan 29 kertas pertuduhan, tertuduh didakwa meminta suapan berjumlah RM305,465 daripada dua firma guaman sebagai dorongan membantu firma berkenaan diberikan rujukan kes berkaitan urusan pinjaman perumahan dengan sebuah bank.

Lelaki itu turut berdepan 29 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM295,438 daripada firma guaman sama sebagai upah membantu mendapatkan rujukan-rujukan kes berkenaan.

Kesalahan dilakukan di tiga lokasi iaitu Maybank Cawangan Melaka Main, Malaysia Building Society Berhad (MBSB) Cawangan Melaka dan sebuah restoran di Plaza Mahkota di sini antara Jun 2017 dan September 2022.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Noor Julieana Yahaya mencadangkan jaminan RM210,000 dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah serta melapor diri di pejabat SPRM Melaka sehingga kes selesai.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM87,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 11 April ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI