fbpx

Bas bawa 24 penumpang jatuh gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA diberikan rawatan awal oleh bomba sebelum dihantar ke hospital terdekat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah lori lori penyelenggaraan jalan di KM 392 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara, Tanjung Malim petang tadi. - Foto IHSAN JBPM

TANJUNG MALIM – Seramai 24 penumpang berdepan detik cemas apabila sebuah bas yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di Kilometer (KM) 392, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara di sini pada pukul 4.27 petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian berlaku apabila bas yang membawa pekerja asing itu telah berlanggar dengan sebuah lori penyelenggaraan jalan sebelum terbabas ke dalam gaung.

Bagaimanapun, katanya, kesemua 24 penumpang bas itu selamat, namun pemandu dan seorang daripada dua kelindan bas mengalami kecederaan.

“Kemalangan itu juga menyebabkan seorang pekerja yang berada di atas lori penyelanggaraan jalan itu cedera.

“Dua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital terdekat oleh orang awam, sementara seorang lagi mangsa telah dihantar ke Hospital Slim River menggunakan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bomba untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI