fbpx

Banduan didakwa cuba sogok sarjan untuk ‘lolos’ kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAMSURI dibawa ke mahkamah atas dakwaan cuba memberi suapan berjumlah RM3,700 kepada seorang sarjan polis untuk melepaskan dirinya yang ditahan kerana memiliki dadah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara dua tahun kerana kesalahan dadah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas cubaan merasuah anggota polis di Segamat, Oktober lalu.

Tertuduh, Samsuri Arijan, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Samsuri didakwa memberi suapan RM3,700 kepada seorang sarjan yang ditahan kerana memiliki dadah. Kesalahan dilakukan pada pukul 6.55 petang, 14 Oktober lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di sini.

Pegawai Pendakwa SPRM, Muhammad Faizal Kamaruzaman mencadangkan tiada jaminan ke atas tertuduh yang sedang menjalani hukuman penjara dua tahun serta tiga sebatan di Penjara Kluang sejak 6 Februari lalu.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pegawai pendakwa dan menetapkan 19 Mac ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI