fbpx

Bagnaia cuma guna tayar terpakai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAIA

BANGKOK – Francesco Bagnaia mengakui persiapannya menghadapi musim 2025 masih belum berada pada tahap terbaik selepas berdepan masalah teknikal dalam ujian pramusim terakhir di Buriram, Thailand.

Juara dua kali Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) itu gagal menjalani simulasi perlumbaan penuh akibat gangguan teknikal sepanjang dua hari ujian di Litar Antarabangsa Chang tersebut menyebabkan dia ketinggalan untuk menyesuaikan diri dengan jentera baharu Ducati Lenovo.

Sebaliknya, rakan sepasukannya, Marc Marquez berjaya melengkapkan simulasi perlumbaan dengan catatan konsisten sekitar satu minit (m) 30 saat (s), menunjukkan prestasi lebih yakin menjelang perlumbaan pembukaan musim ini.

“Memang benar Marc (Marquez) kelihatan lebih baik ketika ini kerana dia berpeluang bekerja dan menyesuaikan diri dengan motosikal, sedangkan saya tidak berada dalam situasi yang sama,” kata Bagnaia.

Berbeza dengan Marquez yang mencatat masa stabil sepanjang simulasi, Bagnaia hanya sempat menggunakan tayar terpakai dalam beberapa sesi perlumbaan pendek tanpa peluang menguji kemampuan sebenar jentera Ducati.

“Saya tidak melakukan simulasi kerana saya perlu mencari rentak terlebih dahulu. Saya kehilangan hampir keseluruhan hari dan saya terpaksa bermula semula daripada sifar.

“Apa yang saya lakukan hanyalah melengkapkan sebanyak mungkin pusingan dengan tayar terpakai dan hasilnya tidaklah terlalu teruk,” katanya.

Bagnaia turut mengakui kepantasan Marquez sebagai sesuatu yang mengagumkan, namun percaya situasi sebenar hanya dapat dinilai apabila musim bermula pada Grand Prix Thailand di Litar Antarabangsa Chang pada 2 Mac ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI