fbpx

Alia berdebar pengesahan rekod dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIA meraih jackpot apabila memenangi pingat emas dengan rekod baharu Asia di Bangkok pada Ahad lalu.

ATLET menembak wanita negara, Alia Sazana Azahari berdebar menantikan keputusan Persekutuan Sukan Menembak Antarabangsa (ISSF) untuk pengesahan catatan dilakukannya pada Kejohanan Rifle/Pistol Piala Asia 2025 sebagai rekod dunia.

Secara tidak rasmi, catatan 44 hit yang dilakukan Alia ketika memenangi pingat emas dalam acara 25 meter (m) pistol wanita di Bangkok, Thailand itu sudah mengatasi rekod dunia 42 hit milik penembak Korea Selatan, Kim Ye Ji.

Bagaimanapun, bidikan yang dibuat Alia hanya dikira sebagai rekod Asia kerana ia dilakukan di kejohanan peringkat Asia, bukannya pada Kejohanan Dunia, sekali gus menyebabkan ia tidak disahkan sebagai rekod dunia.

Atlet berusia 34 tahun itu hanya menyerahkan perkara tersebut atas budi bicara ISSF sama ada untuk mempertimbangkan catatan 44 hit yang dilakukan sebagai rekod dunia yang baharu.

“Kedua-dua (rekod) itu betul tetapi sekarang sedang menunggu keputusan daripada ISSF sama ada untuk menerima ia (catatan) sebagai rekod dunia kerana rekod sedia ada 42 hit. Sepatutnya sudah rekod dunia tetapi sebab ini adalah kejohanan Asia.

“Tidak tahu sama ada mereka akan mempertimbangkan atau tidak untuk rekod dunia tetapi memang kami sedang menunggu (pengesahan). Bagaimanapun, saya tidak jangka dalam tempoh terdekat,” katanya.

Pada aksi final di Lapang Sasar Menembak SAT pada Ahad lalu, Alia memastikan pingat emas menjadi miliknya menerusi 44 hit dengan perak dimenangi Lee Siyoon (32 hit) dari Korea Selatan, manakala atlet Singapura, Teh Xiu Yi (28 hit) meraih gangsa.

Sementara itu, Alia juga menganggap kemenangan diraih cukup bermakna meskipun dia sudah memenangi dua pingat emas Sukan SEA selain merangkul gangsa Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

“Pencapaian ini boleh dikatakan bermakna kerana ia antara kemenangan yang dinanti-nantikan. Menjadi juara di peringkat Asia memang satu impian tetapi dapat pecah rekod boleh dikatakan ‘jackpot’,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI