JAKARTA – Sebuah bot laju yang membawa sebilangan pelancong asing terbakar di Raja Ampat, wilayah Papua Barat Daya, mengakibatkan lima mangsa cedera, lapor laman berita Detik hari ini.
Insiden berlaku di perairan Meos Mansuar, Raja Ampat hari ini.
“Lima pelancong asing melecur kerana bot laju yang dinaiki mereka terbakar di sekitar Holgam,” kata Ketua Polis Raja Ampat, Gusti Gede Raka Mertayasa.
Lima mangsa tersebut melecur dan kini dirawat di sebuah hospital.
Menurut Gusti, polis sedang melakukan siasatan berhubung kejadian itu. – AGENSI