fbpx

33,500 penduduk P. Pinang berdepan gangguan air 18 jam Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Kira-kira 33,500 pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong akan berdepan gangguan bekalan air selama 18 jam bermula pukul 9 malam, Jumaat sehingga 3 petang, Sabtu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk K. Pathmanathan berkata, gangguan bekalan air berjadual itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelencongan saluran paip utama bersaiz 600mm di Lebuh Raya Thean Teik berhadapan Pasar Farlim.

Menurutnya, langkah itu penting untuk memastikan keselamatan infrastruktur bekalan air yang terletak dalam kawasan Projek Jalan Pintasan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu – Air Itam.

“Kerja ini melibatkan penutupan sementara lima injap di lima rumah pam bagi membolehkan penyambungan akhir saluran paip dilakukan dengan selamat.

“Penduduk disarankan untuk menyimpan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan ini. PBAPP memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan berharap orang ramai memahami keperluan projek ini untuk manfaat jangka panjang,” katanya hari ini.

Tambahnya, gangguan bekalan air itu turut mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara melalui surat rasmi yang diterima PBAPP pada 17 Februari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI