fbpx

Flat usang di Chow Kit digempur, warga asing sewa RM2,200 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian PATI yang ditahan menerusi Ops Kutip di Jalan Haji Hussein, Chow Kit, awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Seramai 124 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam serbuan Ops Kutip di sebuah flat usang 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit, Kuala Lumpur hari ini.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, operasi itu dilaksanakan susulan laporan daripada orang awam berhubung kebanjiran PATI di kawasan tersebut.

Risikan selama dua minggu dilakukan sebelum sepasukan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur digerakkan ke lokasi pada pukul 1 pagi.

“Terdapat rumah yang diubah suai menjadi lima bilik dan didiami 23 penghuni dengan kadar sewa RM800 hingga RM2,200 sebulan.

“Walaupun kadar sewaan agak mahal, ia tetap mendapat permintaan tinggi daripada warga asing yang rata-rata mereka bekerja sebagai pembantu kedai, restoran dan pekerja pembersihan di kawasan sekitar,” katanya.

Menurut beliau, flat itu berada dalam persekitaran tidak selesa dan sangat kotor selain dihuni warga asing secara bersesak-sesak.

Seramai 250 individu diperiksa, manakala 124 warga asing disyaki PATI diberkas terdiri daripada 84 Indonesia, Bangladesh (17), Myanmar (2), Nepal (4), Pakistan (14), dan India (3).

“Semua PATI yang ditahan akan diambil tindakan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Tambahnya, beberapa penempatan PATI yang lain turut dikenal pasti dan serbuan seterusnya akan menyusul dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI