PETALING JAYA – “Hari pertama sekolah. Prasekolah Sekolah Kebangsaan Bukit Waha. Seronok dia, teruja terlebih. Eh, ibu ke adik?.”
Itu perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Siti Azah tentang pengalaman anak lelakinya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pada hari pertama persekolahan.
Menerusi hantarannya itu di media sosial, Siti Azah turut berkongsi beberapa gambar dan video memaparkan semangat dan kesungguhan anak bongsunya yang dipanggil ‘adik’ itu dalam menuntut ilmu.
“Alhamdulillah, baik-baik sahaja. Tak perlu tunggu hantar dia ke kelas. Tengok dari jauh, dia jalan sendiri. Ya Allah, syukur sangat. Ibu ni hantar dia, tangan ibu yang sejuk. Mak-mak kan? Semoga adik dapat sesuaikan diri dengan suasana baru ni ya, dik,” katanya.
Rata-rata orang ramai menzahirkan rasa kagum terhadap semangat kanak-kanak itu dan ibunya, malah tidak kurang juga memberikan kata-kata semangat.
“Adik anak yang hebat,” puji @Marliyana Ana.
“Masya-Allah adik, semoga menjadi anak soleh, bijak dan pandai berdikari. Walau acik tak kenal adik dan ibu adik, tapi acik suka tengok semangat adik dan ibu adik,” ujar Adia Salim.
“Masya-Allah. Alhamdulillah, anak hebat, ibu hebat,” komen seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE
@sitiazah87 hari pertama sekolah… happy je erk dik..ibu yg nervous..😂😂 #oku #caudalregressionsyndrome #cleftlipsnpalate #ibuanak5😍😘😁✌️ #pejuanghidupbahgia #malaysianindonesia🇮🇩🇲🇾 #fyppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal – are-zah