fbpx

Vaksin influenza dapat sambutan di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daniel (dua dari kiri) hadir di Klinik Kesihatan Jalan Macalister, George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Program imunisasi influenza kebangsaan yang diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapat sambutan luar biasa dengan slot janji temu di beberapa klinik kesihatan di negeri ini penuh hingga 28 Mac.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, fasa pertama program ini melibatkan 4,000 dos vaksin influenza yang diedarkan ke 24 klinik kesihatan di seluruh negeri.

“Kami menggalakkan orang ramai, khususnya warga emas berusia 60 tahun ke atas dengan sekurang-kurangnya satu penyakit kronik, untuk mendapatkan suntikan vaksin melalui janji temu dalam aplikasi MySejahtera.

“Orang ramai disaran untuk membuat janji temu melalui MySejahtera bagi memastikan pengurusan stok vaksin yang lebih lancar. Ada klinik yang telah penuh slot janji temu 28 Mac,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Daniel meninjau dua warga emas yang menjadi antara individu yang terawal mendapatkan vaksin influenza di Klinik Kesihatan Jalan Macalister di sini.

Menurut Daniel, meskipun kes influenza di Malaysia masih terkawal berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), vaksinasi tetap penting bagi melindungi golongan berisiko tinggi seperti pesakit diabetes, penyakit jantung, hipertensi, obesiti (BMI melebihi 30), dan penyakit buah pinggang kronik.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI