fbpx

UCL: Kane tak panik prestasi buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE (dua dari kanan) mahu melupakan prestasi buruknya ketika seri dengan Leverkusen pada Sabtu lalu. - AFP

MUNICH – Penggempur utama Bayern Munich, Harry Kane optimis akan kembali menemui tahap terbaiknya selepas gagal menyinar sepanjang aksi Bundesliga menentang Bayer Leverkusen di BayArena pada Sabtu lalu.

Kegagalan Kane untuk meloloskan diri daripada ‘dikunci’ benteng pertahanan Leverkusen menyaksikan Bayern sekadar seri tanpa jaringan dengan juara bertahan itu.

Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan memandangkan Bayern cuma berkelebihan satu gol ke atas juara Scotland, Celtic menjelang playoff kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Allianz Arena awal pagi esok.

Bagaimanapun, Kane yang sudah meledak 21 gol musim ini, bertekad melupakan aksi malang menentang Leverkusen dan sedia menggegar jaring memastikan Bayern mara ke pusingan 16 terbaik.

“Jika anda tidak boleh berada pada tahap terbaik, sekurang-kurangnya pastikan anda tidak kalah.

“Tidak bolos dan satu mata adalah positif. Sekarang fokus kepada perlawanan penting seterusnya (menentang Celtic),” kata bekas penyerang Tottenham Hotspur itu.

Berdasarkan rekod pertemuan, Bayern tidak pernah tewas dalam semua lima aksi menentang Celtic menerusi lima kemenangan dan satu seri termasuk 2-1 sewaktu playoff pertama minggu lalu.

Begitupun, ia tidak boleh dijadikan ukuran memandangkan skuad bimbingan Vincent Kompany hilang fokus yang menyebabkan Celtic berjaya meledak satu gol di penghujung perlawanan ketika itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN