fbpx

Tunku Idris berkenan rasmi Pesta Chingay Johor Bahru 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU IDRIS (tengah) berkenan menyempurnakan majlis perasmian Pesta Chingay Johor Bahru 2025 yang diadakan di pusat bandar raya Johor Bahru, malam ini.

JOHOR BAHRU – Tunku Temeng­gong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan majlis perasmian Pesta Chingay Johor Bahru 2025 yang diadakan di pusat bandar raya ini, malam ini.

Presiden Persekutuan Tiong Hua Johor Bahru, Ho Sow Tong berkata, keberangkatan Tunku Idris melambangkan kecaknaan dan keprihatinan seorang kerabat Diraja yang berjiwa rakyat.
Katanya, pihaknya sedang berusaha mengangkat pesta ini untuk pencalonan sebagai Warisan Budaya Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
“Pesta Chingay Johor Bahru telah wujud lebih 150 tahun dan telah menjadi saksi ke atas perkembangan daerah Johor Bahru. Pesta ini bukan setakat menyambut hasil tuaian, malah mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama bangsa.
“Pesta ini juga telah diisytihar sebagai Warisan Budaya Kebangsaan pada tahun 2012 dan dikenali sebagai salah satu tarikan pelancongan di negeri Johor,” katanya ketika berucap pada acara kemuncak Pesta Chingay Johor Bahru 2025, di sini.
Tambah beliau, penganjuran pesta itu pada tahun ini telah menarik kehadiran seramai lebih 400,000 pengunjung dari dalam dan luar negara, sekali gus meningkatkan sektor pelancongan negara.
Sementara itu, seorang pengunjung, Janice Koh, 34, memberitahu, dia telah mengunjungi pesta itu sejak kecil apabila dibawa ibu bapanya.
Seorang lagi pengunjung, Adam Haikal Mohd. 29, pula memberitahu, ini pertama kali dia menyaksikan Pesta Chingay setelah bertahun-tahun mendengar penganjurannya di media sosial. – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI