fbpx

Tingkap kokpit retak, pesawat terpaksa berpatah balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail beberapa buah pesawat Thai Airways di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok. - Foto AFP

BANGKOK – Sebuah pesawat Thai Airways yang dalam penerbangan ke Singapura terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok selepas tingkap kokpit didapati retak, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kapal terbang tersebut berlepas dari Bangkok pada pukul 7 malam (waktu tempatan), kelmarin.

Namun, juruterbang mengesan keretakan pada lapisan paling luar tingkap kokpit bahagian kiri.

Menurut laporan laman berita Prachachat, juruterbang itu kemudian membuat keputusan untuk berpatah balik ke lapangan terbang tersebut. 

Jadual penerbangan terpaska ditangguhkan, manakala penumpang-penumpang menaiki sebuah pesawat gantian yang berlepas dari Bangkok semalam. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI